part of my life

NUFNANG

i LOVE them very much!!!


my little children

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

***U're My Guest...s♥ please sign my guestb♥ ♥k***

Wednesday, June 30, 2010

Episod 1-Detik Pertemuan

Image by FlamingText.com


Pada suatu pagi yang hening, Norish termenung di jendela. Terbayang dimatanya, bagaimana saat pertemuan pertamanya dengan seorang jejaka yang tidak pernah dikenalinya pada hujung minggu lepas. Bibit pertemuan bermula apabila berlakunya salah faham di antara Norish dengan jejaka tersebut. Fikirannya jauh melayang mengenangkan peristiwa tersebut. Di saat tercetusnya peristiwa itu,Norish dan jejaka itu berada di pasaraya. Norish yang baru sahaja keluar dari ofis, sedang meninjau-ninjau rak makanan ringan. “Apa yang aku nak makan ari ni hah! Pilih dua tiga jenis aje, ok kot! Tak boleh makan banyak-banyak makanan macam ni, nanti tak sempat 40 tahun, tulang semua dah reput,” Norish membebel seorang diri. Terlampau asyik memilih, Norish tidak terperasan satu jasad yang berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri. Undur punya undur, oppss… dah terjadi accident. “Mak aku meletup!” jerit Norish spontan. Jejaka itu turut terkejut tapi masih lagi nak control macho. Norish menoleh ke arah jejaka tersebut dan merenungnya dengan renungan yang tajam, lebih tajam dari mata pedang. “Apahal pulak ni, renung aku semacam je!” bicara jejaka itu di dalam hati. Dengan tidak semena-mena Norish bercekak pinggang. “Oo…ini kerja rutin awak ye! Sengaja langgar kita, lepas tu pandai pulak buat dek je! Muka je hensem. Tapi perangai…!” leter Norish. Beberapa mata memandang ke arahnya. Jejaka itu terkejut. Dia tidak menyangka Norish akan bertindak memarahinya di khalayak ramai. Giliran dia pula merenung Norish dari bawah ke atas, dari atas ke bawah. “Ish, dia ni… dahlah buat salah dengan kita, tenung kita pulak macam kita ni tak pakai baju!” Tiba-tiba lelaki itu tersenyum lantas ketawa kecil. “Tak puas lagi ke berleter cik adik oi? Tengokkan rupa mengalahkan Siti Nurhaliza, tapi mulutnya becok kalah lagi Siti Tanjung Perak” “Hei, apahal melalut sampai ke penyanyi pelakon ni! Ini dah lari dari topik asal ni! Ingatkan kita dah berleter sampai sebakul, nak le mintak maaf dengan kita…ini tak pun. Dia sindir kita pulak. Rasanya dia ni tak pernah tengok kot kasut saiz 5 ni naik ke muka !” nada suara Norish separuh mengugut. Jejaka itu masih lagi tenang, walaupun Norish dah separuh bengang. “Cik adik, boleh saya tau, kenapa saya perlu mintak maaf dengan awak? Kesalahan apa yang telah saya lakukan? Saya tak nampak lagi di mana silapnya saya?” soalnya ingin tahu. Norish makin bengang.” Ya… Allah, aku pot pet dari tadi, rupa-rupanya dia ni tak faham! Cik abang ooi…awak ni rakyat Malaysia ke pendatang tanpa izin!?”” Ish…ni sah le mulut tak bayar insurans ni. Saya yang hensem macho ni boleh awak kata pendatang tanpa izin? Tengok orang pakai mata ke pakai kepala lutut?” perbalahan nampaknya semakin sengit. Mata yang memandang pula semakin banyak. Tapi dua orang remaja ni pandai pulak buat pasaraya tu macam mak bapak dia orang yang punya. “ Amboi sedapnya bahasa, tak de sopan-santun langsung! Ok la, kalau susah sangat nak faham, biar saya terangkan satu persatu. Macam ni la kisahnya, saya rasa pasaraya ni dah cukup besar untuk orang ramai lalu lalang. Tapi, kenapa tubuh ramping macam saya ni jugak yang awak nak langgar? Saya tengok badan awak tak le besar mana pun!” terang Norish dalam nada menyindir. “ Oppss… izinkan saya membetulkan keadaan yang saya rasa sudah sedikit songsang. Kalau tak silap saya la, saya dah terpacak kat sini, dah lama…dah macam tiang lampu, dekat 20 minit tadi. Tiba-tiba awak yang melanggar saya dari belakang. So, siapa yang langgar siapa ni? Cuba awak tengok jarak awak berdiri sekarang dengan tempat awak memilih makanan tadi, ada beza tak?” jejaka itu meluruskan jarinya ke satu arah. Norish tidak menoleh pun, sebaliknya dia bertindak berpeluk tubuh. “ So, awak nak cakap saya la yang langgar awak? Masuk akal ke, perempuan nak langgar lelaki? Kalau lelaki langgar perempuan tu, ada jugak tujuannya.” sindir Norish lagi. Jejaka itu mengangkat keningnya, tanda terkejut. “ Jadi awak ingat saya nak ambil kesempatan atas diri awak?Untuk apa? Kalau awak nak tau, nenek saya lagi cantik daripada awak. Tak berbaloi pun saya langgar awak” kendur sedikit nada suara jejaka itu. Norish masih bengang. “ Susah sangat ke nak mintak maaf?Dah buat salah tu, mengaku je..la. Bukannya mahal sangat ucapan maaf awak tu…” Norish masih menyindir. Wajah jejaka itu yang pada mulanya bersahaja bertukar serius. “ Cik adik manis, pada awak mungkin tak berharga ucapan maaf saya tapi bagi saya, ia terlalu bernilai. And for your information, saya takkan minta maaf atas kesalahan yang tidak saya lakukan,” jejaka itu berlalu meninggalkan Norish yang sedang terpinga-pinga. Ketukan pintu bilik oleh seseorang mematikan lamunan Norish. “Rish, asyik nampak….Ibu mengganggu ke?” soal Puan Zalia sambil melabuhkan punggung ke atas sofa lembut berwarna coklat… berhampiran dengan jendela tempat Norish berdiri. Norish tersenyum. “Takde la Ibu. Rish saja duduk, tengok pemandangan alam semulajadi. Dalam kesibukan kita seharian, kita tak perasan rupanya yang kita memiliki keindahan alam yang tak ternilai. Kalau nak ditukar dengan wang ringgit, tak ternilai harganya”. “ Sejak bila pulak anak Ibu ni masuk kelab pencinta alam ni? Ibu tau, tentu anak Ibu ni ada selindungkan sesuatu daripada Ibu,kan?” Puan Zalia mengagak. Norish tersenyum lagi. “ Betul, bu. Rish tak selindungkan apa-apa. Takkan Ibu tak kenal lagi anak Ibu sorang ni,” Norish melentokkan kepala di bahu ibunya. Puan Zalia menggosok belakang anak tunggalnya. “Yeala…Ibu percaya. Kalau Ibu tak percayakan anak Ibu, Ibu nak percayakan siapa lagi,kan! Cuma Ibu harap, kalau Rish ada masalah…jangan pendam dalam hati. Bagitau je Ibu, ye.” “ I know Mum. Ok, la Ibu…Rish nak pergi mandila. Panas pulak rasanya.” “ Baiklah, lepas mandi turun makan ye. Banyak lauk Ibu masak ari ni,” Puan Zalia beransur keluar dari bilik anaknya. Norish pula bergegas ke bilik mandi.

to be continue.
Nukilan :
..

Friday, June 25, 2010

di ptg jumaat yg best

mama nirna sebenarnya seronok sgt wiken nih coz dpt rest selama 3 hari...yer la ari ni jumaat n esok sabtu so cm biasa la dpt lepak kat umah :) :) :) ditambah lak nga cuti peristiwa utk terengganu sbb mengungguli sukma kat Melaka baru2 ni...gembira+++...almaklum la skrg ni byk keje kat ofis,bla sampai jer kat ofis tetiba jer jd pening n xlalu makan...brp ari dah mama nirna xturun makan pg, balik umah baru masak n makan nga anak2...(kot2 leh kuruskan badan dlm tmpoh 2 bln ni..hehehe)..apa yang pasti mama nirna nak mengisi masa cuti mama nirna selama 3 ari ni nk kemas ape yg patut n nak tdo puas2,nk tgk tv xhnti2...baru masyuk!! hehe

sebelum terlupa mama nirna nk tau ader ke sape2 dr kalangan kawan2 mama nirna ni minat tonton citer 'benci bilang cinta' yg sekarang ni sdg hangat di tv4 astro ria...tu faberet citer mama nirna lps citer adamaya abis ari tu...tiap ari xsbr nk tgk episod seterusnya, citer tu ditayangkan di astro ria, jam 6.30ptg n ulangan jam 11mlm setiap ari selasa hingga jumaat...pelakonnya si marshanda yg comel bangat bersama pacarnya si Baim Wong...ada masa free korang layan la citer tu,..best gler mama nirna ckp beb!hehe


Wednesday, June 23, 2010

gula oh gula

mama nirna is confious...skrg ni kempen kurangkan gula sana-sini tp ngape yerk klu pregnant diharuskan minum air gula di klinik kesihatan lak tu...bazir jer gula tu,kna minum segelas yg cow lak tu, rasanya adala dekat sekilo gula kna minum tu (acah jer)..skrg ni korang pon sedia maklum kalu g kedai leh bli 1@2 kg jer gula...nmpk sgt gula dh semakin kurang skrg,ni tentu ada kaitan la nga arahan minum air gula tu,sebelum ni org yg kna mnum air gula hnya ibu pregnant yg ada sejarah kencing manis jer,tp skang ni yg kencing masin ke tawar ke semua kna minum...so,arap dimansuhkan arahan untuk minum air gula utk semua ibu2 mengandung...baru idup cara sihat...mama nirna pon xtakut nak pregnant lg!!!hehehe


tell u what??

...bermula la hariku sebagai penanggungkerja tugas rakan aku yang baru bersalin semalam...penat btul la buat kerja org ni,byk lak tu...!x tertanggung rasanya diri ini...2 bulan...argghh,terukla aku...!kerja aku sendiri pun berlambak lg yg lum settle ni ada lak tugas tambahan...makin bergunung la kertas2, dokumen2, fail2, surat2 n etc la kat atas meja aku ni....umi, tolongla!!...2 bulan adalah penantian yg sgt lama tu....lg lak kna kerja straight 28 hr tanpa cuti (wiken jer la ct)..aku dlm eddah la ni,memang dpt duit tp rsnya xberbaloi pon coz ciput jer...huhu

keboringan yang melanda

nok kongsi sgt perasaan ni..borink borink borink...bukan xder kerje tp terlebih byak sgt...tp bila ada butir 'M' tu mmg x ley buat ape2 doh la...cuaca kat luar mendung,kat dlm ofis pon mendung semacam jer...xmeriah lgsg ari ni,masing2 buat kerja masing2....aku,layan tenet smpai nk termuntah ari ni...uwwaaaa..x uwat keje pon penat!!buat jeje lg penat...apa aku nak buat ni...danish,balkish...mama merindui kalian...huhu

make it fun!!