part of my life

NUFNANG

i LOVE them very much!!!


my little children

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

***U're My Guest...s♥ please sign my guestb♥ ♥k***

Thursday, July 29, 2010

Episod 5- Urusan Kerja

Image by FlamingText.com
“Norish, boleh tak awak serahkan dokumen perjanjian perniagaan tempoh hari pada saya selewat-lewatnya tengahari nanti?” soal Tuan Hidayat disatu pagi yang sibuk. Norish yang pada ketika itu memakai dress hitam mendongakkan kepalanya. Matanya tepat memandang ke arah Tuan Hidayat yang sedang berdiri di hadapannya. “ Sebenarnya dokumen tu dah lama settle, Tuan. Kalau Tuan nak saat ini pun saya boleh hulurkan pada Tuan,”balas Norish penuh sopan-santun. Tuan Hidayat tersenyum. “Saya memang dah agak, awak takkan kecewakan saya. Boleh saya tengok dokumen tu?” tanpa banyak bicara, Norish menghulurkan fail berwarna hitam kepada Tuan Hidayat. Dokumen tersebut diperhati Tuan Hidayat, Pengerusi Syarikat Top Line satu persatu. Dia tersenyum lagi. “Perfect. Err…boleh saya mintak tolong daripada awak, Norish?””Apa dia, Tuan?InsyaAllah, saya akan cuba tolong.”Norish menyuarakan kesanggupannya untuk menolong bosnya. “Begini, sepatutnya saya kena hantar Radzi untuk berunding dengan wakil dari Syarikat Megah Sdn. Bhd. Tapi, awal pagi tadi Radzi telefon saya…katanya dia tak dapat datang kerja hari ni pasal isterinya nak bersalin. So, boleh tak awak gantikan tempat Radzi?” pinta Tuan Hidayat sambil merenung wajah bujur sireh di hadapannya.”No problem. Kat mana saya kena jumpa wakil syarikat tu?””Kat medan selera Hotel Palace Of Golden Horses, meja makan No. 5.Pukul 2.00 ptg.”cukup lengkap maklumat yang diberi.”Ok, tepat pada masanya nanti saya akan ke sana,’’ Tuan Hidayat menganggukkan kepalanya sebaik sahaja mendengar jawapan Norish lantas dia beredar. Norish menyambung semula kerjanya yang terhenti seketika tadi. Tepat pukul 2.00 ptg, Norish bertandang ke Hotel Palace Of Golden Horses. Langkahnya diatur jitu ke arah meja No. 5. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi makan berwarna coklat. Sebentar kemudian, datang seorang pelayan. “Cik nak makan apa?”soalnya sambil menghulurkan buku menu kepada Norish. Menu tersebut dibelek helaian demi helaian.”Emm…buat masa sekarang saya cuma nak segelas jus oren. Sebenarnya saya sedang menunggu klien saya. Bila dia datang nanti, awak datang semula ye untuk ambil pesanan saya. Saya nak pesan sekarang pun saya tak tahu klien saya tu nak makan apa,”ujar Norish penuh sopan santun. Pelayan tersebut mengangguk tanda faham. Lalu dia beredar. Norish meneliti semula dokumen yang dibawanya. Sepasang kaki menghampirinya. Norish mendongakkan kepalanya. Dua pasang mata bertembung. Kedua-duanya terkejut beruk. “Awak!?” sepatah perkataan serentak terkeluar. “Mungkin saya tersalah meja kot!”ucap Danial perlahan. Norish melirik ke arah fail di tangan Danial. Terpampang di matanya nama syarikat yang akan berurusniaga dengan syarikat tempat dia bekerja. “Tak. Memang betul. Duduklah,”pelawa Norish, lembut seolah mereka berdua tak pernah bergaduh. Padahal mereka pantang bertemu mesti nak gaduh. Danial yang masih bingung segera duduk menghadap Norish. Pelayan tadi muncul kembali. Setelah pesanan diambil dari Norish dan Danial, dia berlalu.”Encik…””Danial Haziq””Yea, En. Danial Haziq…awak ada bawa dokumen yang akan kita discuss hari ni?””Sure. Boleh kita mulakan sekarang?””Why not?”sesi perbincangan bermula. Masa mula berganjak sedetik demi sedetik. Makanan yang dihantar dulunya panas dah jadi suam. Setelah 3 jam berlalu kata sepakat dicapai. “Well, macam mana Cik Norish?Ada nak komen apa-apa lagi?”soal Danial menutup sesi perbincangan . “So far so good. Setakat ni, saya bersetuju dengan apa yang kita bincangkan. Makanan pun dah sejuk. Jemputlah makan,”pelawa Norish sambil memegang sudu. Mereka mula menjamu selera.”Err…Cik Norish, boleh saya tanya sesuatu,”Danial meminta keizinan. “Apa dia?””Mengapa sikap awak ari ni tak sama dengan sikap perempuan yang selalu suka gaduh dengan saya?”soalan Danial berbaur sindiran. Norish selamba.”Saya lebih suka bersikap profesional. Saya takkan campur aduk urusan kerja dengan urusan peribadi,””Maksud awak, kalau kita jumpa bukan untuk urusan kerja…awak takkan layan saya macam sekarang?”soal Danial inginkan kepastian. Norish tersenyum. “Tengoklah macam mana nanti keadaan yang akan tiba. Makanlah En. Danial, nanti dah sejuk tak sedap pulak nak makan,”ujar Norish yang masih menjamu selera. Danial bingung.

to be continue...

Nukilan :




Wednesday, July 21, 2010

Episod 4- Rumah Sewa

Image by FlamingText.com
“Rish, boleh tak ibu nak minta tolong sikit?” pinta Puan Zalia di satu pagi yang ceria. Norish yang sedang bersarapan menoleh ke arah ibunya. “Apa dia ibu?Insya-Allah kalau dapat tolong Rish akan tolong” balas Norish. Mulutnya masih rancak mengunyah nasi lemak. “ Ibu nak Rish pergi kutip duit sewa rumah kat Taman Permai. Rumah sewa tu takle jauh sangat dengan rumah kita. Bolehkan?” Norish mencebikkan bibirnya.” Kenapa tak suruh je penyewa tu masukkan duit sewa rumah ke dalam akaun bank ibu je ! Sekarang kemudahan kan banyak disediakan. Buat apa nak siksa diri?” Puan Zalia tersenyum mendengar kata-kata anaknya. “ Rish, memang dunia sekarang dah terlampau maju. Ibu tak nafikan. Tapi, ibu tak mahu dek kerana kemajuan yang wujud tu… manusia dah tak saling mengenali antara satu sama lain. Silaturrahim makin renggang. Bila terjadi sesuatu yang tidak kita duga, kita nak minta tolong dengan siapa? “ “ So, what’s the point that you want to tell me, mum?” Norish memandang wajah Puan Zalia yang penuh dengan sifat keibuan. “ Rish, ibu sengaja tak kutip sewa rumah kita tu melalui bank sebab ibu nak bertegur sapa, nak jalinkan hubungan silaturrahim dengan penyewa kita tu. Makin banyak kenalan kita, kita makin selesa hidup kat bumi ni. Faham maksud ibu, kan!” belakang Norish digosok perlahan. Norish meneguk air Nescafe. Sebentar kemudian dia bersuara. “ Memang arwah abah tak rugi memperisterikan ibu, cuma jodoh ibu dan abah tak panjang. Rish pulak rasa bertuah sebab ada ibu. Ibulah ratu hati Rish. Ibu tunggu sekejap ye, Rish nak habiskan nasi lemak ni. Lepas tu, barulah Rish pergi ke sana, ok. “ Norish menyambung semula aktiviti makannya. Puan Zalia tersenyum lagi. “Ibu tau anak ibu takkan hampakan ibu. “ Puan Zalia juga turut menyudahkan memakan nasi lemak. 10 minit kemudian, Norish sudah berada di atas motosikal Honda Wave. Di saat itu, dia menyarungkan seluar tiga suku berwarna coklat dan T-Shirt Adidas putih. Motosial terus meluncur laju manuju ke destinasinya. “ Syok jugak pagi-pagi macam ni keluar bermotosikal. Dapat hirup udara segar, dapat lihat pemandangan alam semulajadi yang cantik dan mengagumkan.” bisik Norish seorang diri. Tidak berapa lama selepas itu, dia tiba di sebuah rumah bernombor 13. “ Siapala agaknya penyewa rumah ibu aku ni? Pintu pagar tak kunci!”ngomel Norish sendirian. Dia menongkat motosikalnya. Langkah diatur perlahan ke halaman rumah tersebut. Loceng dipicit berulang kali. Danial yang sedang berada di dalam bilik air bergegas keluar. “Mamak jual suratkhabar ni, tak reti-reti nak sabar ke?Tak tau ke orang tengah mandi ke apa ke!”sungutnya sambil menuju ke pintu rumah. Sebaik sahaja pintu dikuak, Norish terkejut lalu menjerit. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Danial turut terkejut tapi dia masih cuba berlagak selamba. “ Apa hal awak datang rumah saya ni? Tahu pulak awak alamat rumah saya ye! “sindir Danial yang pada ketika itu hanya memakai tuala mandi. “ Eii…tolong sikit ye!Jangan pulak awak nak perasan. Saya tak tahu pun awak yang tinggal kat sini!Kalau saya tau, tak ingin saya nak datang sini!”balas Norish selamba. “ Kalau tak ingin kenapa awak masih terpacak kat sini?””Awak ingat saya teringin sangat nak tengok tubuh badan awak tu? Kalau tak kerana ibu saya, upah duit berjuta-juta pun saya takkan datang”ucap Norish yang masih membelakangi Danial. Danial menarik nafas seketika . Lantas dia bersuara ,” So, straight to the pointla. Saya dah tak larat nak tercegat kat sini lama-lama, tak berpakaian pulak tu. Nanti tak pasal-pasal saya terkena selsema pulak,”pedih juga sindiran Danial. Norish mengerling tajam. “Awak tau tak ari ni berapa haribulan?””Ish… siap tanya haribulan pulak, macam nak sambut birthday!13hb…kenapa?”soal Danial semula. “ Dah tau 13hb, tak reti-reti nak bayar sewa rumah?!”mendengarkan kata-kata Norish, Danial menepuk dahinya. “Oh, ye! Saya terlupa pulak. Biasanya 1hb saya akan terus pergi bayar pada Mak Cik Zalia…tapi kenapa pulak bulan ni saya kena bayar kat awak ? Awak baru masuk kerja ke ?”Norish mengangkat keningnya. “Tak de insurans ke mulut awak tu?Suka hati je cakap orang macam tu! Awak ingat saya ni tak berpelajaran ke? Takkanlah ada degree kat oversea nak kerja kutip sewa rumah! For your information, Puan Zalia tu adalah ibu kesayangan saya.”Wajah Danial menunjukkan reaksi tidak percaya. “ Takkanlah awak ni anak Mak Cik Zalia. Mak Cik Zalia tu baik sangat orangnya, tak macam awak!Impossible!”ujar Danial penuh keraguan. Norish bengang. Lantas dikeluarkan handphone dari poket seluarnya. Nombor handphone ibunya dicari lalu dihulurkan handphone tersebut kepada Danial. “Hello, Rish!Macam mana, ada masalah tak?”soal Puan Zalia tanpa mengetahui dia pada ketika itu sedang berbicara dengan orang lain. Danial tersenyum,lantas dia bersuara.”Mak Cik Zalia, siapa Rish tu?””Oh, Danial!Norish tu anak perempuan Mak Cik. Mak Cik ingat Norish yang telefon tadi. Danial apa khabar?Maafla sebab mangganggu Danial pagi-pagi. Mak Cik bukannya apa, cuma Mak Cik takut sewa rumah tu nanti akan membebankan Danial pulak bila dihimpun banyak bulan nanti,”ucap Puan Zalia penuh tertib. Danial tersenyum lagi. “Oh, anak Mak Cik! Saya ingatkan siapa tadi. Saya sihat Mak Cik. Pasal sewa rumah tu saya mintak maaf banyak-banyak dengan Mak Cik. Pada 1hb tu, saya pulang ke kampung…jenguk orang tua. Pasal tula terlewat bayar terus terlupa pulak. Maaf ye Mak Cik,”pinta Danial. Puan Zalia tersenyum. “Tak pe Danial, kalau kita terlupa kita saling mengingatkan. Danial dah Mak Cik anggap macam anak Mak Cik sendiri. Mak Cik pun tak boleh nak cakap lama-lama, nak ke pasar pulak lepas ni. Ok, Danial!Assalamulaikum.. “talian percakapan diberhentikan. Danial menghulurkan handphone tersebut kepada Norish. “Macam mana?Masih tak percaya?”sindir Norish. Danial mencebikkan bibirnya. “Okla, Cik Norish..awak tunggu kat sini sekejap. Nak ajak awak masuk pun tak boleh jugak, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah..dah le saya ni masih dalam kebasahan,”perli Danial sambil beredar. Norish buat dek je. Sebentar kemudian, Danial datang semula. Tapi saat itu, dia dah lengkap berpakaian. Sepucuk sampul surat dihulurkan kepada Norish. Tanpa banyak bicara, Norish segera menyambutnya lalu terus mengira wang di dalam sampul surat tersebut. Lantas dia beredar ke arah motosikalnya.Danial pula hanya memerhati. “Orang… kalau dah cantik, pakai apa pun tetap nampak cantik,”bisik Danial perlahan. Walaupun dia sering bergaduh dengan Norish, entah kenapa dia tidak dapat menafikan kecantikkan Norish. Danial tersenyum sendirian. Norish pula beransur meninggalkan perkarangan rumah Danial.

to be continue...

Nukilan :

Tuesday, July 20, 2010

khas buat ibu2 & bakal ibu

Today nirna nak share sikit petua la kot..korang tau x yg urutan tu penting sgt2 pd bby kite, klu anak yg dh besar pun ok lg, bleh mengeratkan lg kasih syg antara si ibu & anak..selain tu, dalam perpektif perubatan moden tentang urutan bayi mampu meransang pertumbuhan seorang bayi...dianggarkan 60-90% penyakit yang berlaku pd bayi disebabkn tekanan dan ia boleh diredakan melalui urutan,urutan akan memberi ketenangan yg mmbantu meransang kebolehan bayi menghadapi tekanan. Pengurus Taska asuhan pernah bercerita cara mereka menangani masalah kemurungan anak2 yg baru masuk ke taska iaitu dgn cr urutan pd mereka..kanak2 akan cpt mmberi respon yg positif dan seterusnya dpt menerima pengasuh dgn baik. Mengurut perut dgn perlahan beberapa kali bkn sj meredakan kesakitan malah bayi juga akan berasa lebih selesa..

Tahukah Anda!
  1. Kajian Odense Hospital Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan byk perubahan positif terutama pd pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan oksigen dlm darah
  2. Ransangan yg diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pd kulit sbnrny boleh mjd sumber tekanan pd bayi ttp ia diseimbangkan dgn suara, bau dan sentuhan ibu@bapa yg mengurut mereka.
  3. Urutan boleh mengatasi masalah kolik iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dlm usus.
  4. Urutan boleh mbntu meningkatkan fungsi motor(pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil) serta memperkemaskan otot2 bayi. Kajian jg mendapati urutan dpt mmbantu meningkatkan keupayaan kanak2 autisme utk berinteraksi dgn lbh baik berbanding dgn kanak2 yg tdk mndpt urutan.
Semoga info ini berguna utk ibu2 dan cubalah praktikkan demi kesejahteraan bersama..sekian

(mama nirna suka guna losyen bby pureen sbb ia lmbut & xmelekit..kalau mnyk urut lak korang guna la minyk zaitun, my fav is minyk zaitun safi yg btol ijau tu, bleh sapu di punggung & celah2 kelangkang bby bg mengelakkan ruam pd bby, ibu2 yg sdg mengandung ley gak sapukn mnyk zaitun kat perut bg mengurangkn rasa gatal2 jika perut sudah mulai tegang)


Sunday, July 18, 2010

SEMOGA JADI IKTIBAR

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

make it fun!!