part of my life

NUFNANG

i LOVE them very much!!!


my little children

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

***U're My Guest...s♥ please sign my guestb♥ ♥k***

Wednesday, July 14, 2010

Episod 3- Kampung Halaman

Image by FlamingText.com
“Sejuknya udara kat kampong ni,” ujar Danial sambil menghirup udara desanya yang tercinta, Desa Air Tawar yang terletak agak jauh daripada kesibukan kota. Kesibukan tugasnya di kota tidak memungkinkan dia untuk selalu pulang ke kampung. Sebentar kemudian, dia tiba di halaman rumah orang tuanya. Kelihatan di atas bangku di bawah sepohon pokok mangga duduknya ibunda tercinta sedang menganyam tikar mengkuang. Setelah menongkat motorsikalnya di bawah garaj, Danial segera beredar ke arah ibunya. Tangan ibunya segera dikucupnya. “ Mak, apa khabar?Ayah mana?”soalnya sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut. Puan Haminah merenung ke arah anak terunanya sambil tersenyum. “Mak sihat. Ayah Danny macam biasala, pergi buat tinjauan kat kolam ikannya. Apa mimpi anak mak ni, tiba-tiba je balik!Tak bagitau mak pun.””Danny saja nak bagi kejutan pada mak. Dah jemu duk kat kota, sesekali tak sibuk…bolehle balik kampung. Sekarang ni musim durian kan mak!Durian kita menjadi tak?”soal Danny, benar-benar ingin tahu. Puan Haminah tersenyum. “Bukan setakat durian je Danny, manggis ada, rambutan ada mangga pun ada. Danny cuti sampai bila?Mak bimbang kot-kot Danny tak termakan buah-buahan tu,”nada suara Puan Haminah seakan menyindir anak kesayangannya. Danny tersenyum. “Ala mak, setakat buah kat kebun kita tu…sehari pun Danny sempat habiskan>””Cakap besar nampak anak mak ni. Pecah perut tu baru tau… nak ganti dengan perut apa?” Danny tersenyum lagi. “Ganti la dengan perut apa-apa pun mak. Sebenarnya Danny cuti lama jugak, seminggu…sempatla makan buah-buahan kat kebun tu. Lambat lagi la ayah nak balik?”Danial menukar topik perbualan. Tangan Puan Haminah masih rancak menganyam tikar mengkuang. “Sekejap lagi balik la ayah Danny tu. Kalau ye pun pergila naik atas rumah dulu. Nak makan nasi tak? Kebetulan pulak mak ada masak lauk kegemaran Danny” Puan Haminah cuba memikat hati anaknya. Danial tersenyum. “Maksud mak, ikan masak asam pedas dengan sambal belacan adala ari ni?”soal Danny, excited. “Bukan setakat tu je, sotong masak merah ada, ikan cencaru bakar pun ada.””Hai, mak! Mak buat lauk untuk dimakan atau nak jual kat pasar?” sindir Danny. “Benda dah ada kita masak jela. Mungkin hati mak ni dah tau kot anak mak nak balik. Cepatla pergi mandi, nanti mak masuk ke dapur dan sediakan hidangan untuk Danny,””Ok, mak. Danny masuk dulu,”Danial mencium pipi Puan Haminah lalu beredar.
Suasana malam di Desa Air Tawar begitu tenang dan nyaman. Di saat itu, Danial bersama mak dan ayahnya duduk di beranda. “Danny, macam mana dengan kerja Danny sekarang?Dah stabil ke?”soal En. Mansor selepas meneguk air nescafe panas. Danial yang asyik merenung ke arah langit menoleh. “Macam biasa ayah, kadang-kadang sibuk kadang-kadang rileks. Gaji Danny sekarang pun dah kira mantap, dah boleh nak menyimpanla. Pasal apa ayah tanya?Ayah ada nak pakai duit ke?”En. Mansor tersenyum mendengar kata-kata anaknya. “Danny, kalau pasal duit…tak de masalah. Duit ayah pun tak habis nak dibelanjakan. Danny takkan tak faham lagi apa maksud ayah”sampuk Puan Haminah yang duduk di sebelah suaminya. Danial mengerutkan dahinya. “Danny tak fahamla mak. Apa yang ayah maksudkan?””Danny….Danny…ayah rasa ayah dah guna ayat dan bahasa yang mudah difahami, tapi anak ayah ni masih tak faham atau pura-pura tak faham?”sindir En. Mansor. Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Betul ayah, Danny tak faham. Takkan ayah tak nak terus-terang dengan Danny?”ucap Danial bersungguh.”Okla, ayah akan berterus-terang. Maksud ayah, ayah tanya pasal kerja Danny sebab ayah nak tahu bila anak ayah ni nak bawa balik menantu ke rumah ni? Mak dan ayah dah tua. Jadi, sebelum kami tutup mata…nak jugak kami main dengan cucu kami.” Danial terkedu mendengar kata-kata ayahnya. Lantas dia mangeluh. “Kenapa Danny mengeluh?Berat sangat ke permintaan ayah?”soal En. Mansor lagi. Danial melontar pandangannya jauh ke arah kegelapan malam. “ Danny, macam mana dengan Ain?Mak tengok dia baik budaknya. Tak elok Danny kawan lama-lama dengan dia. Kalau Danny nak mak pinang, mak boleh pergi pinang.” Ucap Pn. Haminah bersungguh. Lama juga Danial mendiamkan diri. Sejurus kemudian dia bersuara. “Mak, ayah…kalau mak nak tahu, Danny pun tak sanggup hidup seorang diri sampai tua. Tapi masalahnya, setiap wanita yang mendampingi Danny…tak ikhlas dengan Danny. Masing-masing ada ragam yang tak menyenangkan Danny. Dulu tentu mak masih ingat lagi gadis bernama Atikah. Bukan main lagi baik pada mulanya. Bila Danny nak masuk meminang, mak tahukan apa yang dia kata!” Puan Haminah tersenyum hambar.”Mak bukannya tua sangat, Danny. Mak masih ingat apa yang Atikah kata. Atikah tak nak bertunang dengan Danny pasal dia tak nak terikat, dia masih nak kejar cita-cita dia. Tak puas lagi nak mengelilingi dunia. Soal Atikah, mak tak salahkan Danny. Dah bukan jodoh Danny dengan dia. Tapi, kenapa pula dengan Ain ? Dia buat hal jugak?” soal Pn. Haminah bertalu-talu. En. Mansor hanya memerhati gelagat isteri dan anaknya. Walaupun pada asalnya dialah yang menimbulkan persoalan tersebut. “ Mak, kisah putus cinta Danny dengan Atikah taklah membuatkan Danny sakit hati sangat. Danny hanya terkilan dengan sikap Atikah. Tapi, kalau dengan Ain Danny memang sakit hati. Dia hanya jadikan Danny sebagai tempat untuk dia hilangkan rasa sunyi dan sedih dia. Bila dah jemu, dia tinggalkan Danny dan kembali semula ke sisi kekasihnya yang dulu disangka curang. Adil ke macam tu mak ?” keluh Danial lagi. En. Mansor menggosok belakang anak lelakinya. Pn. Haminah masih lagi tenang. “ Danny, mak dan ayah tak salahkan Danny. Ayah cuma nak tahu. Kalau tak de lagi tak apalah. Mungkin satu masa nanti akan ada, kan. Jadi, tak payahlah Danny nak sedih-sedih.”En. Mansor menenangkan hati anak mudanya. “Yeala, Danny. Mak pun takkan carikan jodoh tanpa tanya anak mak dulu. Kita cuma sembang anak beranak…bukannya bermesyuarat untuk cari keputusan. Emm…macam mana buah-buahan yang dipetik pagi tadi? Dah habis ke? “Pn. Haminah menukar topik perbualan. Danial kembali tersenyum. “Ada sikit lagi mak. Pagi tadi Danny ambil banyak sangat. Nak sambung makan pagi esok pulak.”” Kalau ayah ajak pergi ke kolam ikan kita, Danny nak pergi ke tak?”pelawa En. Mansor tiba-tiba. Danial menoleh ke arah ayahnya. “ Boleh jugak. Kalau makan buah-buahan kat sana best jugak tu. Ok la ayah … mak, dah larut malam ni. Danny masuk tidur dulu” Danial mancium tangan ibubapanya. Lantas dia beredar. Pn. Haminah dan En. Mansor hanya memerhatikan anak mereka berlalu meninggalkan mereka. Danial yang baru memasuki bilik merebahkan dirinya di atas tilam empuk. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi. Perbincangan dengan ibu bapanya sebentar tadi kembali menjenguk di mindanya. “ Aku tahu sebenarnya mak dan ayah memang beria-ia nak aku kahwin. Cuma mereka tak mahu aku terasa bila soal jodoh ni aku letakkan ke tepi. Aku bukannya memilih sangat tapi dah ditentukan Allah, jodoh aku belum sampai…nak buat macam mana? Insya-Allah mak..ayah, Danny akan bawa balik seorang menantu yang betul-betul akan memuaskan hati mak dan ayah.”ikrar Danial seorang diri. Malam terus melabuhkan tirainya. Danial akhirnya terlena.

to be continue...

Nukilan :

Monday, July 12, 2010

khas buat ibu2 mengandung

Kali ni Nirna nak kongsi dengan ibu2 mengandung (include my sist) tentang kriteria utama
yang perlu diberi perhatian tatkala membuat pilihan dalam memilih tempat untuk bersalin
(tu pun jika xtau lg)...

  1. Pilih hospital berhampiran dengan kediaman
  2. Pastikan hospital pilihan tidak terletak di kawasan kesesakan lalu lintas
  3. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta
  4. hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kes kecemasan
  5. Sekiranya hospital swasta, selidik jika ada kos2 tersembunyi
just a simple entry...hehe :)