part of my life

NUFNANG

i LOVE them very much!!!


my little children

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

***U're My Guest...s♥ please sign my guestb♥ ♥k***

Wednesday, June 30, 2010

Episod 1-Detik Pertemuan

Image by FlamingText.com


Pada suatu pagi yang hening, Norish termenung di jendela. Terbayang dimatanya, bagaimana saat pertemuan pertamanya dengan seorang jejaka yang tidak pernah dikenalinya pada hujung minggu lepas. Bibit pertemuan bermula apabila berlakunya salah faham di antara Norish dengan jejaka tersebut. Fikirannya jauh melayang mengenangkan peristiwa tersebut. Di saat tercetusnya peristiwa itu,Norish dan jejaka itu berada di pasaraya. Norish yang baru sahaja keluar dari ofis, sedang meninjau-ninjau rak makanan ringan. “Apa yang aku nak makan ari ni hah! Pilih dua tiga jenis aje, ok kot! Tak boleh makan banyak-banyak makanan macam ni, nanti tak sempat 40 tahun, tulang semua dah reput,” Norish membebel seorang diri. Terlampau asyik memilih, Norish tidak terperasan satu jasad yang berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri. Undur punya undur, oppss… dah terjadi accident. “Mak aku meletup!” jerit Norish spontan. Jejaka itu turut terkejut tapi masih lagi nak control macho. Norish menoleh ke arah jejaka tersebut dan merenungnya dengan renungan yang tajam, lebih tajam dari mata pedang. “Apahal pulak ni, renung aku semacam je!” bicara jejaka itu di dalam hati. Dengan tidak semena-mena Norish bercekak pinggang. “Oo…ini kerja rutin awak ye! Sengaja langgar kita, lepas tu pandai pulak buat dek je! Muka je hensem. Tapi perangai…!” leter Norish. Beberapa mata memandang ke arahnya. Jejaka itu terkejut. Dia tidak menyangka Norish akan bertindak memarahinya di khalayak ramai. Giliran dia pula merenung Norish dari bawah ke atas, dari atas ke bawah. “Ish, dia ni… dahlah buat salah dengan kita, tenung kita pulak macam kita ni tak pakai baju!” Tiba-tiba lelaki itu tersenyum lantas ketawa kecil. “Tak puas lagi ke berleter cik adik oi? Tengokkan rupa mengalahkan Siti Nurhaliza, tapi mulutnya becok kalah lagi Siti Tanjung Perak” “Hei, apahal melalut sampai ke penyanyi pelakon ni! Ini dah lari dari topik asal ni! Ingatkan kita dah berleter sampai sebakul, nak le mintak maaf dengan kita…ini tak pun. Dia sindir kita pulak. Rasanya dia ni tak pernah tengok kot kasut saiz 5 ni naik ke muka !” nada suara Norish separuh mengugut. Jejaka itu masih lagi tenang, walaupun Norish dah separuh bengang. “Cik adik, boleh saya tau, kenapa saya perlu mintak maaf dengan awak? Kesalahan apa yang telah saya lakukan? Saya tak nampak lagi di mana silapnya saya?” soalnya ingin tahu. Norish makin bengang.” Ya… Allah, aku pot pet dari tadi, rupa-rupanya dia ni tak faham! Cik abang ooi…awak ni rakyat Malaysia ke pendatang tanpa izin!?”” Ish…ni sah le mulut tak bayar insurans ni. Saya yang hensem macho ni boleh awak kata pendatang tanpa izin? Tengok orang pakai mata ke pakai kepala lutut?” perbalahan nampaknya semakin sengit. Mata yang memandang pula semakin banyak. Tapi dua orang remaja ni pandai pulak buat pasaraya tu macam mak bapak dia orang yang punya. “ Amboi sedapnya bahasa, tak de sopan-santun langsung! Ok la, kalau susah sangat nak faham, biar saya terangkan satu persatu. Macam ni la kisahnya, saya rasa pasaraya ni dah cukup besar untuk orang ramai lalu lalang. Tapi, kenapa tubuh ramping macam saya ni jugak yang awak nak langgar? Saya tengok badan awak tak le besar mana pun!” terang Norish dalam nada menyindir. “ Oppss… izinkan saya membetulkan keadaan yang saya rasa sudah sedikit songsang. Kalau tak silap saya la, saya dah terpacak kat sini, dah lama…dah macam tiang lampu, dekat 20 minit tadi. Tiba-tiba awak yang melanggar saya dari belakang. So, siapa yang langgar siapa ni? Cuba awak tengok jarak awak berdiri sekarang dengan tempat awak memilih makanan tadi, ada beza tak?” jejaka itu meluruskan jarinya ke satu arah. Norish tidak menoleh pun, sebaliknya dia bertindak berpeluk tubuh. “ So, awak nak cakap saya la yang langgar awak? Masuk akal ke, perempuan nak langgar lelaki? Kalau lelaki langgar perempuan tu, ada jugak tujuannya.” sindir Norish lagi. Jejaka itu mengangkat keningnya, tanda terkejut. “ Jadi awak ingat saya nak ambil kesempatan atas diri awak?Untuk apa? Kalau awak nak tau, nenek saya lagi cantik daripada awak. Tak berbaloi pun saya langgar awak” kendur sedikit nada suara jejaka itu. Norish masih bengang. “ Susah sangat ke nak mintak maaf?Dah buat salah tu, mengaku je..la. Bukannya mahal sangat ucapan maaf awak tu…” Norish masih menyindir. Wajah jejaka itu yang pada mulanya bersahaja bertukar serius. “ Cik adik manis, pada awak mungkin tak berharga ucapan maaf saya tapi bagi saya, ia terlalu bernilai. And for your information, saya takkan minta maaf atas kesalahan yang tidak saya lakukan,” jejaka itu berlalu meninggalkan Norish yang sedang terpinga-pinga. Ketukan pintu bilik oleh seseorang mematikan lamunan Norish. “Rish, asyik nampak….Ibu mengganggu ke?” soal Puan Zalia sambil melabuhkan punggung ke atas sofa lembut berwarna coklat… berhampiran dengan jendela tempat Norish berdiri. Norish tersenyum. “Takde la Ibu. Rish saja duduk, tengok pemandangan alam semulajadi. Dalam kesibukan kita seharian, kita tak perasan rupanya yang kita memiliki keindahan alam yang tak ternilai. Kalau nak ditukar dengan wang ringgit, tak ternilai harganya”. “ Sejak bila pulak anak Ibu ni masuk kelab pencinta alam ni? Ibu tau, tentu anak Ibu ni ada selindungkan sesuatu daripada Ibu,kan?” Puan Zalia mengagak. Norish tersenyum lagi. “ Betul, bu. Rish tak selindungkan apa-apa. Takkan Ibu tak kenal lagi anak Ibu sorang ni,” Norish melentokkan kepala di bahu ibunya. Puan Zalia menggosok belakang anak tunggalnya. “Yeala…Ibu percaya. Kalau Ibu tak percayakan anak Ibu, Ibu nak percayakan siapa lagi,kan! Cuma Ibu harap, kalau Rish ada masalah…jangan pendam dalam hati. Bagitau je Ibu, ye.” “ I know Mum. Ok, la Ibu…Rish nak pergi mandila. Panas pulak rasanya.” “ Baiklah, lepas mandi turun makan ye. Banyak lauk Ibu masak ari ni,” Puan Zalia beransur keluar dari bilik anaknya. Norish pula bergegas ke bilik mandi.

to be continue.
Nukilan :
..

make it fun!!