to be continue...
i LOVE them very much!!!
Wednesday, July 21, 2010
Episod 4- Rumah Sewa
to be continue...
Tuesday, July 20, 2010
khas buat ibu2 & bakal ibu
Tahukah Anda!
- Kajian Odense Hospital Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan byk perubahan positif terutama pd pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan oksigen dlm darah
- Ransangan yg diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pd kulit sbnrny boleh mjd sumber tekanan pd bayi ttp ia diseimbangkan dgn suara, bau dan sentuhan ibu@bapa yg mengurut mereka.
- Urutan boleh mengatasi masalah kolik iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dlm usus.
- Urutan boleh mbntu meningkatkan fungsi motor(pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil) serta memperkemaskan otot2 bayi. Kajian jg mendapati urutan dpt mmbantu meningkatkan keupayaan kanak2 autisme utk berinteraksi dgn lbh baik berbanding dgn kanak2 yg tdk mndpt urutan.
Sunday, July 18, 2010
SEMOGA JADI IKTIBAR
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Wednesday, July 14, 2010
Episod 3- Kampung Halaman
Suasana malam di Desa Air Tawar begitu tenang dan nyaman. Di saat itu, Danial bersama mak dan ayahnya duduk di beranda. “Danny, macam mana dengan kerja Danny sekarang?Dah stabil ke?”soal En. Mansor selepas meneguk air nescafe panas. Danial yang asyik merenung ke arah langit menoleh. “Macam biasa ayah, kadang-kadang sibuk kadang-kadang rileks. Gaji Danny sekarang pun dah kira mantap, dah boleh nak menyimpanla. Pasal apa ayah tanya?Ayah ada nak pakai duit ke?”En. Mansor tersenyum mendengar kata-kata anaknya. “Danny, kalau pasal duit…tak de masalah. Duit ayah pun tak habis nak dibelanjakan. Danny takkan tak faham lagi apa maksud ayah”sampuk Puan Haminah yang duduk di sebelah suaminya. Danial mengerutkan dahinya. “Danny tak fahamla mak. Apa yang ayah maksudkan?””Danny….Danny…ayah rasa ayah dah guna ayat dan bahasa yang mudah difahami, tapi anak ayah ni masih tak faham atau pura-pura tak faham?”sindir En. Mansor. Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Betul ayah, Danny tak faham. Takkan ayah tak nak terus-terang dengan Danny?”ucap Danial bersungguh.”Okla, ayah akan berterus-terang. Maksud ayah, ayah tanya pasal kerja Danny sebab ayah nak tahu bila anak ayah ni nak bawa balik menantu ke rumah ni? Mak dan ayah dah tua. Jadi, sebelum kami tutup mata…nak jugak kami main dengan cucu kami.” Danial terkedu mendengar kata-kata ayahnya. Lantas dia mangeluh. “Kenapa Danny mengeluh?Berat sangat ke permintaan ayah?”soal En. Mansor lagi. Danial melontar pandangannya jauh ke arah kegelapan malam. “ Danny, macam mana dengan Ain?Mak tengok dia baik budaknya. Tak elok Danny kawan lama-lama dengan dia. Kalau Danny nak mak pinang, mak boleh pergi pinang.” Ucap Pn. Haminah bersungguh. Lama juga Danial mendiamkan diri. Sejurus kemudian dia bersuara. “Mak, ayah…kalau mak nak tahu, Danny pun tak sanggup hidup seorang diri sampai tua. Tapi masalahnya, setiap wanita yang mendampingi Danny…tak ikhlas dengan Danny. Masing-masing ada ragam yang tak menyenangkan Danny. Dulu tentu mak masih ingat lagi gadis bernama Atikah. Bukan main lagi baik pada mulanya. Bila Danny nak masuk meminang, mak tahukan apa yang dia kata!” Puan Haminah tersenyum hambar.”Mak bukannya tua sangat, Danny. Mak masih ingat apa yang Atikah kata. Atikah tak nak bertunang dengan Danny pasal dia tak nak terikat, dia masih nak kejar cita-cita dia. Tak puas lagi nak mengelilingi dunia. Soal Atikah, mak tak salahkan Danny. Dah bukan jodoh Danny dengan dia. Tapi, kenapa pula dengan Ain ? Dia buat hal jugak?” soal Pn. Haminah bertalu-talu. En. Mansor hanya memerhati gelagat isteri dan anaknya. Walaupun pada asalnya dialah yang menimbulkan persoalan tersebut. “ Mak, kisah putus cinta Danny dengan Atikah taklah membuatkan Danny sakit hati sangat. Danny hanya terkilan dengan sikap Atikah. Tapi, kalau dengan Ain Danny memang sakit hati. Dia hanya jadikan Danny sebagai tempat untuk dia hilangkan rasa sunyi dan sedih dia. Bila dah jemu, dia tinggalkan Danny dan kembali semula ke sisi kekasihnya yang dulu disangka curang. Adil ke macam tu mak ?” keluh Danial lagi. En. Mansor menggosok belakang anak lelakinya. Pn. Haminah masih lagi tenang. “ Danny, mak dan ayah tak salahkan Danny. Ayah cuma nak tahu. Kalau tak de lagi tak apalah. Mungkin satu masa nanti akan ada, kan. Jadi, tak payahlah Danny nak sedih-sedih.”En. Mansor menenangkan hati anak mudanya. “Yeala, Danny. Mak pun takkan carikan jodoh tanpa tanya anak mak dulu. Kita cuma sembang anak beranak…bukannya bermesyuarat untuk cari keputusan. Emm…macam mana buah-buahan yang dipetik pagi tadi? Dah habis ke? “Pn. Haminah menukar topik perbualan. Danial kembali tersenyum. “Ada sikit lagi mak. Pagi tadi Danny ambil banyak sangat. Nak sambung makan pagi esok pulak.”” Kalau ayah ajak pergi ke kolam ikan kita, Danny nak pergi ke tak?”pelawa En. Mansor tiba-tiba. Danial menoleh ke arah ayahnya. “ Boleh jugak. Kalau makan buah-buahan kat sana best jugak tu. Ok la ayah … mak, dah larut malam ni. Danny masuk tidur dulu” Danial mancium tangan ibubapanya. Lantas dia beredar. Pn. Haminah dan En. Mansor hanya memerhatikan anak mereka berlalu meninggalkan mereka. Danial yang baru memasuki bilik merebahkan dirinya di atas tilam empuk. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi. Perbincangan dengan ibu bapanya sebentar tadi kembali menjenguk di mindanya. “ Aku tahu sebenarnya mak dan ayah memang beria-ia nak aku kahwin. Cuma mereka tak mahu aku terasa bila soal jodoh ni aku letakkan ke tepi. Aku bukannya memilih sangat tapi dah ditentukan Allah, jodoh aku belum sampai…nak buat macam mana? Insya-Allah mak..ayah, Danny akan bawa balik seorang menantu yang betul-betul akan memuaskan hati mak dan ayah.”ikrar Danial seorang diri. Malam terus melabuhkan tirainya. Danial akhirnya terlena.
to be continue...
Monday, July 12, 2010
khas buat ibu2 mengandung
yang perlu diberi perhatian tatkala membuat pilihan dalam memilih tempat untuk bersalin
(tu pun jika xtau lg)...
- Pilih hospital berhampiran dengan kediaman
- Pastikan hospital pilihan tidak terletak di kawasan kesesakan lalu lintas
- Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta
- hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kes kecemasan
- Sekiranya hospital swasta, selidik jika ada kos2 tersembunyi








