part of my life

NUFNANG

i LOVE them very much!!!


my little children

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

***U're My Guest...s♥ please sign my guestb♥ ♥k***

Tuesday, July 20, 2010

khas buat ibu2 & bakal ibu

Today nirna nak share sikit petua la kot..korang tau x yg urutan tu penting sgt2 pd bby kite, klu anak yg dh besar pun ok lg, bleh mengeratkan lg kasih syg antara si ibu & anak..selain tu, dalam perpektif perubatan moden tentang urutan bayi mampu meransang pertumbuhan seorang bayi...dianggarkan 60-90% penyakit yang berlaku pd bayi disebabkn tekanan dan ia boleh diredakan melalui urutan,urutan akan memberi ketenangan yg mmbantu meransang kebolehan bayi menghadapi tekanan. Pengurus Taska asuhan pernah bercerita cara mereka menangani masalah kemurungan anak2 yg baru masuk ke taska iaitu dgn cr urutan pd mereka..kanak2 akan cpt mmberi respon yg positif dan seterusnya dpt menerima pengasuh dgn baik. Mengurut perut dgn perlahan beberapa kali bkn sj meredakan kesakitan malah bayi juga akan berasa lebih selesa..

Tahukah Anda!
  1. Kajian Odense Hospital Denmark mendapati bayi yang diurut menunjukkan byk perubahan positif terutama pd pernafasan, warna kulit, ekspresi wajah, kemampuan menggerakkan anggota badan dan peningkatan oksigen dlm darah
  2. Ransangan yg diberi ketika mengurut dan pergerakan angin pd kulit sbnrny boleh mjd sumber tekanan pd bayi ttp ia diseimbangkan dgn suara, bau dan sentuhan ibu@bapa yg mengurut mereka.
  3. Urutan boleh mengatasi masalah kolik iaitu sakit perut akibat pengumpulan angin dlm usus.
  4. Urutan boleh mbntu meningkatkan fungsi motor(pergerakan dan koordinasi otot besar dan kecil) serta memperkemaskan otot2 bayi. Kajian jg mendapati urutan dpt mmbantu meningkatkan keupayaan kanak2 autisme utk berinteraksi dgn lbh baik berbanding dgn kanak2 yg tdk mndpt urutan.
Semoga info ini berguna utk ibu2 dan cubalah praktikkan demi kesejahteraan bersama..sekian

(mama nirna suka guna losyen bby pureen sbb ia lmbut & xmelekit..kalau mnyk urut lak korang guna la minyk zaitun, my fav is minyk zaitun safi yg btol ijau tu, bleh sapu di punggung & celah2 kelangkang bby bg mengelakkan ruam pd bby, ibu2 yg sdg mengandung ley gak sapukn mnyk zaitun kat perut bg mengurangkn rasa gatal2 jika perut sudah mulai tegang)


Sunday, July 18, 2010

SEMOGA JADI IKTIBAR

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Wednesday, July 14, 2010

Episod 3- Kampung Halaman

Image by FlamingText.com
“Sejuknya udara kat kampong ni,” ujar Danial sambil menghirup udara desanya yang tercinta, Desa Air Tawar yang terletak agak jauh daripada kesibukan kota. Kesibukan tugasnya di kota tidak memungkinkan dia untuk selalu pulang ke kampung. Sebentar kemudian, dia tiba di halaman rumah orang tuanya. Kelihatan di atas bangku di bawah sepohon pokok mangga duduknya ibunda tercinta sedang menganyam tikar mengkuang. Setelah menongkat motorsikalnya di bawah garaj, Danial segera beredar ke arah ibunya. Tangan ibunya segera dikucupnya. “ Mak, apa khabar?Ayah mana?”soalnya sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut. Puan Haminah merenung ke arah anak terunanya sambil tersenyum. “Mak sihat. Ayah Danny macam biasala, pergi buat tinjauan kat kolam ikannya. Apa mimpi anak mak ni, tiba-tiba je balik!Tak bagitau mak pun.””Danny saja nak bagi kejutan pada mak. Dah jemu duk kat kota, sesekali tak sibuk…bolehle balik kampung. Sekarang ni musim durian kan mak!Durian kita menjadi tak?”soal Danny, benar-benar ingin tahu. Puan Haminah tersenyum. “Bukan setakat durian je Danny, manggis ada, rambutan ada mangga pun ada. Danny cuti sampai bila?Mak bimbang kot-kot Danny tak termakan buah-buahan tu,”nada suara Puan Haminah seakan menyindir anak kesayangannya. Danny tersenyum. “Ala mak, setakat buah kat kebun kita tu…sehari pun Danny sempat habiskan>””Cakap besar nampak anak mak ni. Pecah perut tu baru tau… nak ganti dengan perut apa?” Danny tersenyum lagi. “Ganti la dengan perut apa-apa pun mak. Sebenarnya Danny cuti lama jugak, seminggu…sempatla makan buah-buahan kat kebun tu. Lambat lagi la ayah nak balik?”Danial menukar topik perbualan. Tangan Puan Haminah masih rancak menganyam tikar mengkuang. “Sekejap lagi balik la ayah Danny tu. Kalau ye pun pergila naik atas rumah dulu. Nak makan nasi tak? Kebetulan pulak mak ada masak lauk kegemaran Danny” Puan Haminah cuba memikat hati anaknya. Danial tersenyum. “Maksud mak, ikan masak asam pedas dengan sambal belacan adala ari ni?”soal Danny, excited. “Bukan setakat tu je, sotong masak merah ada, ikan cencaru bakar pun ada.””Hai, mak! Mak buat lauk untuk dimakan atau nak jual kat pasar?” sindir Danny. “Benda dah ada kita masak jela. Mungkin hati mak ni dah tau kot anak mak nak balik. Cepatla pergi mandi, nanti mak masuk ke dapur dan sediakan hidangan untuk Danny,””Ok, mak. Danny masuk dulu,”Danial mencium pipi Puan Haminah lalu beredar.
Suasana malam di Desa Air Tawar begitu tenang dan nyaman. Di saat itu, Danial bersama mak dan ayahnya duduk di beranda. “Danny, macam mana dengan kerja Danny sekarang?Dah stabil ke?”soal En. Mansor selepas meneguk air nescafe panas. Danial yang asyik merenung ke arah langit menoleh. “Macam biasa ayah, kadang-kadang sibuk kadang-kadang rileks. Gaji Danny sekarang pun dah kira mantap, dah boleh nak menyimpanla. Pasal apa ayah tanya?Ayah ada nak pakai duit ke?”En. Mansor tersenyum mendengar kata-kata anaknya. “Danny, kalau pasal duit…tak de masalah. Duit ayah pun tak habis nak dibelanjakan. Danny takkan tak faham lagi apa maksud ayah”sampuk Puan Haminah yang duduk di sebelah suaminya. Danial mengerutkan dahinya. “Danny tak fahamla mak. Apa yang ayah maksudkan?””Danny….Danny…ayah rasa ayah dah guna ayat dan bahasa yang mudah difahami, tapi anak ayah ni masih tak faham atau pura-pura tak faham?”sindir En. Mansor. Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Betul ayah, Danny tak faham. Takkan ayah tak nak terus-terang dengan Danny?”ucap Danial bersungguh.”Okla, ayah akan berterus-terang. Maksud ayah, ayah tanya pasal kerja Danny sebab ayah nak tahu bila anak ayah ni nak bawa balik menantu ke rumah ni? Mak dan ayah dah tua. Jadi, sebelum kami tutup mata…nak jugak kami main dengan cucu kami.” Danial terkedu mendengar kata-kata ayahnya. Lantas dia mangeluh. “Kenapa Danny mengeluh?Berat sangat ke permintaan ayah?”soal En. Mansor lagi. Danial melontar pandangannya jauh ke arah kegelapan malam. “ Danny, macam mana dengan Ain?Mak tengok dia baik budaknya. Tak elok Danny kawan lama-lama dengan dia. Kalau Danny nak mak pinang, mak boleh pergi pinang.” Ucap Pn. Haminah bersungguh. Lama juga Danial mendiamkan diri. Sejurus kemudian dia bersuara. “Mak, ayah…kalau mak nak tahu, Danny pun tak sanggup hidup seorang diri sampai tua. Tapi masalahnya, setiap wanita yang mendampingi Danny…tak ikhlas dengan Danny. Masing-masing ada ragam yang tak menyenangkan Danny. Dulu tentu mak masih ingat lagi gadis bernama Atikah. Bukan main lagi baik pada mulanya. Bila Danny nak masuk meminang, mak tahukan apa yang dia kata!” Puan Haminah tersenyum hambar.”Mak bukannya tua sangat, Danny. Mak masih ingat apa yang Atikah kata. Atikah tak nak bertunang dengan Danny pasal dia tak nak terikat, dia masih nak kejar cita-cita dia. Tak puas lagi nak mengelilingi dunia. Soal Atikah, mak tak salahkan Danny. Dah bukan jodoh Danny dengan dia. Tapi, kenapa pula dengan Ain ? Dia buat hal jugak?” soal Pn. Haminah bertalu-talu. En. Mansor hanya memerhati gelagat isteri dan anaknya. Walaupun pada asalnya dialah yang menimbulkan persoalan tersebut. “ Mak, kisah putus cinta Danny dengan Atikah taklah membuatkan Danny sakit hati sangat. Danny hanya terkilan dengan sikap Atikah. Tapi, kalau dengan Ain Danny memang sakit hati. Dia hanya jadikan Danny sebagai tempat untuk dia hilangkan rasa sunyi dan sedih dia. Bila dah jemu, dia tinggalkan Danny dan kembali semula ke sisi kekasihnya yang dulu disangka curang. Adil ke macam tu mak ?” keluh Danial lagi. En. Mansor menggosok belakang anak lelakinya. Pn. Haminah masih lagi tenang. “ Danny, mak dan ayah tak salahkan Danny. Ayah cuma nak tahu. Kalau tak de lagi tak apalah. Mungkin satu masa nanti akan ada, kan. Jadi, tak payahlah Danny nak sedih-sedih.”En. Mansor menenangkan hati anak mudanya. “Yeala, Danny. Mak pun takkan carikan jodoh tanpa tanya anak mak dulu. Kita cuma sembang anak beranak…bukannya bermesyuarat untuk cari keputusan. Emm…macam mana buah-buahan yang dipetik pagi tadi? Dah habis ke? “Pn. Haminah menukar topik perbualan. Danial kembali tersenyum. “Ada sikit lagi mak. Pagi tadi Danny ambil banyak sangat. Nak sambung makan pagi esok pulak.”” Kalau ayah ajak pergi ke kolam ikan kita, Danny nak pergi ke tak?”pelawa En. Mansor tiba-tiba. Danial menoleh ke arah ayahnya. “ Boleh jugak. Kalau makan buah-buahan kat sana best jugak tu. Ok la ayah … mak, dah larut malam ni. Danny masuk tidur dulu” Danial mancium tangan ibubapanya. Lantas dia beredar. Pn. Haminah dan En. Mansor hanya memerhatikan anak mereka berlalu meninggalkan mereka. Danial yang baru memasuki bilik merebahkan dirinya di atas tilam empuk. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi. Perbincangan dengan ibu bapanya sebentar tadi kembali menjenguk di mindanya. “ Aku tahu sebenarnya mak dan ayah memang beria-ia nak aku kahwin. Cuma mereka tak mahu aku terasa bila soal jodoh ni aku letakkan ke tepi. Aku bukannya memilih sangat tapi dah ditentukan Allah, jodoh aku belum sampai…nak buat macam mana? Insya-Allah mak..ayah, Danny akan bawa balik seorang menantu yang betul-betul akan memuaskan hati mak dan ayah.”ikrar Danial seorang diri. Malam terus melabuhkan tirainya. Danial akhirnya terlena.

to be continue...

Nukilan :

Monday, July 12, 2010

khas buat ibu2 mengandung

Kali ni Nirna nak kongsi dengan ibu2 mengandung (include my sist) tentang kriteria utama
yang perlu diberi perhatian tatkala membuat pilihan dalam memilih tempat untuk bersalin
(tu pun jika xtau lg)...

  1. Pilih hospital berhampiran dengan kediaman
  2. Pastikan hospital pilihan tidak terletak di kawasan kesesakan lalu lintas
  3. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta
  4. hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kes kecemasan
  5. Sekiranya hospital swasta, selidik jika ada kos2 tersembunyi
just a simple entry...hehe :)


Sunday, July 4, 2010

Episod 2-Bertemu kembali

Image by FlamingText.com
Hari minggu tiba lagi. Tetapi kali ini Norish tidak berkunjung ke pasaraya seperti hari minggu yang lepas. Sesudah Subuh, dia yang siap menyarungkan trek suit memulakan larian jogging. Di persimpangan jalan, tidak berapa jauh dari rumahnya… rakan baiknya, Sheila joint berjogging bersamanya. “ Hai, Rish. Tak shopping ke kau ari ni?” Norish menjeling tanpa menjawab pertanyaan Sheila. “ Aku ni bercakap dengan orang ke dengan pokok?” sindir Sheila. Norish mengeluh kecil. “ Kau ni Sheila, saja je nak sakat aku tu. Kan kau sedia maklum apa yang dah terjadi pada aku ari minggu lepas. Kau ingat punggung aku ni tak bayar insurans?Senang-senang je nak bagi orang langgar?Orang lelaki pulak tu. Eii…tak nak le aku.””Tapi betul ke budak lelaki tu yang langgar kau?” soal Sheila pula, masih inginkan kepastian. Norish mengerling tajam. “ So, kau ingat aku yang saja-saja langgar dia? Tolong sikit…you know me! Aku takkan kacau orang kalau orang tak kacau aku!” Sheila menggosok bahu Norish yang sedikit mengeluh. “ Ala, Rish…aku tanya je. Bukannya aku nak sebelahkan budak lelaki tu. Kau kan kawan aku, of course aku akan sokong kau. Kau marahkan aku ke?” “ Takle sampai aku nak marahkan kau. Aku cuma bengang bila teringat semula tragedi tu…Dahlah, tak payah lagi cakap pasal dia. Buat sakit hati aku je, silap-silap aku kena heart attack nanti” larian Sheila terhenti. Norish kehairanan. “ Apasal pulak kau berhenti? Dah penat ke?””Aku tak penat, Cuma aku takut kau kena serangan jantung. Itu pasal aku berhenti,”mendengarkan kata-kata Sheila , Norish tersenyum. “Kau ni pandai jugak buat lawak ye. Ok,la…apa kata kita lepak kat bangku tu sekejap,”Norish meluruskan telunjuknya ke satu arah. Mereka beredar ke arah sebuah bangku. Tanpa banyak soal, mereka melabuhkan punggung di atas bangku tersebut. Pandangan dilontar jauh ke arah tasik yang terbentang indah di hadapan mata. Sheila menghulurkan setin air Excell kepada Norish. Tanpa banyak soal, air tersebut segera diteguknya. “ Baru lega sikit, emm…Sheila kau nak makan kacang tak?””Boleh jugak, tapi kat mana kacang tu?” soal Sheila sambil memuncungkan mulutnya. “ Aku nak pergi belilah ni! Kau ni, kalau pasal makan…tak menyempat-nyempat!”Norish segera bangun dari tempat duduknya dan beredar ke satu arah. “Abang, bagi kacang rebus ni dua yek”pinta Norish sambil menghulurkan duit RM2.00. Kacang rebus bertukar tangan. Selesai urusan jual beli, Norish mengatur langkah perlahan ke arah rakan baiknya, Sheila. Sambil melangkah, Norish memandang keadaan di sekitarnya. Tiba-tiba, pandangannya terfokus ke satu sudut. “Aik, mamat ari tu ada jugak kat sini?Tapi apasal marah je muka dia?La…ada perempuan kat sebelah dia!Ini mesti macam kes aku ari tu. Sahle dia ni suka pegang pompuan ni?Padan muka dia…ari tu kena marah dengan aku, ari ni kena marah dengan pompuan lain pulak. Baru kau tau, kau ingat…wanita ari ni mudah ke nak buli?!Sorry naik lori le,”kutuk Norish sendirian. Langkah segera diatur ke arah Sheila. “Kau ni Rish, pergi beli kacang ke pergi tanam kacang?”leter Sheila sambil menyambut sebungkus kacang yang dihulurkan Norish. “Kau tak tau Sheila, aku tadi tengah tengok drama kat sebelah pokok sana” “Drama apa pulak pagi-pagi buta ni?”Sheila menggaru kepalanya yang tidak gatal, mulutnya rancak mengunyah kacang.”Kalau kau nak tau, palingkanlah muka kau tu ke arah sana,”Norish memuncungkan mulutnya ke satu arah yang tidak berapa jauh dengan tempat dia dan Sheila duduk.”Drama apa macam tu, mana krew….mana jurugambar?”Sheila masih lagi bingung. Norish mengeluh kecil.”Kau ni Sheila…lahir bulan berapa, tahun apa?Sampai tak boleh faham apa yang aku cakap””Kalau kau dah tau aku ni bengap, straight to the pointla,””Mengaku pun. Kesian pulak aku tengok kau ni. Okla, aku terus terang dengan kau ye. Kalau kau nak tau, lelaki yang terpacak kat situ tu…diala yang langgar aku tempoh hari.””Oo…dia rupanya. Hensem jugak orangnya. Tapi, apasal dia gaduh dengan perempuan tu?” soal Sheila. “La, kenapa kau tanya aku?Aku bukannya sedara dia, manala aku tau. Yang aku boleh bagi tau kau, lelaki tu memang suka cari pasal dengan orang perempuan. Dahle, tak payah la kau nak sakitkan kepala kau fikirkan benda tak berfaedah tu, lebih baik kita tenangkan fikiran sambil kunyah kacang ni dan sedut udara segar kat sini.”” Itu aku setuju,”Sheila dan Norish melayan selera masing-masing. Beralih pula kepada kisah jejaka yang pernah bergaduh dengan Norish di satu sudut. “Ain, sampai hati awak mainkan saya ye! Kenapa dari dulu awak tak bagitau saya yang awak dah ada teman lelaki?”Ain menunjukkan wajah bersalah. “ Danny, sebenarnya saya tak berniat nak mainkan perasaan awak. Di saat awak hadir dalam hidup saya, saya ditinggalkan kekasih. Saya rapat dengan awak pasal saya nak hilangkan rasa sedih saya. Saya sangkakan kekasih saya seorang yang setia, rupanya dia curang di belakang saya.”Danial kehairanan. “Awak ni cakap berbelit-belitla. Kalau dah tau dia curang, kenapa masih nak terima dia?””Saya belum habis cakap lagi, Danny. Sebenarnya dia tak curang. Perempuan yang saya nampak ari tu, mak cik dia…bukannya kekasih dia. Saya yang salah anggap kerana tak siasat terlebih dahulu. Saya hargai perasaan awak terhadap saya tapi cinta awak tak ditakdirkan untuk saya. Janganlah kecewa Danny, masih ada insan lain yang menanti awak,” Ain cuba memulihkan semangat Danial yang kian hilang. Danial tersenyum hambar.”Awak silap Ain, cinta saya bukannya takdir. Cinta saya adalah perasaan tulus yang lahir dari hati saya. Tak usahlah awak nak kesiankan saya. Saya masih boleh hidup tanpa awak.””Tapi, Danny..””Tak payah cakap apa-apa lagi. Kisah ini dah tamat. Dah bernoktah,” Danial meninggalkan Ain yang terpinga-pinga.
“Ish, kereta ni buat hal pulak time panas-panas macam ni! Kalau ye pun nak rosak, tunggulah aku sampai kat rumah dulu. Bencinya aku!”kutuk Norish sambil terus cuba menghidupkan enjin kereta. Tapi masih tidak berhasil. Dahinya berkerut menahan marah. Lantas, Norish keluar dan bersandar di sisi keretanya. Danial yang kebetulan lalu di situ berpaling ke arah Norish. “Apasal pulak perempuan ni duk terpacak kat jalanraya ni?!Nak jadi model kereta ke?”bisik Danial dalam hati. Enjin motosikalnya diperlahankan. Norish pula segera menoleh apabila mendengar bunyi enjin motosikal berada dekat dengannya. “La mamat ni lagi!Apa lagi yang dia nak daripada aku ni?”Norish menjeling tajam ke arah Danial. “Aku confirm minah ni ada masalah tapi tak nak minta tolong pasal dia ni terlampau ego. Aku kesian jugak tengok dia berdiri je tengah-tengah panas ni macam orang jual jagung tak laku je. Nak tolong ke tak nak? Kalau tak tolong, kejam sangat…tapi kalau tolong, sure tak nak terima ni!So,how now?”Danial berbicara seorang diri. Setelah berfikir sejenak,”Ah, cubalah dulu. Kalau dia marah, buat muka bodoh jela…pastu cabutlah,”Danial turun dari motosikalnya. Dia menghampiri Norish. Norish semakin cemas. “Awak nak…”belum sempat Norish bercakap Danial segera memotong cakapnya. “Tunggu dulu cik adik. Saya tak de niat jahat kat awak. Apa yang terjadi hari tu hanyalah salah faham. Saya cuma nak tolong awak, itu pun kalau awak perlukan pertolongan. Awak ada masalah ke?”soal Danial serius. Lama jugak Danial menunggu respons daripada Norish. Beberapa minit kemudian, barulah Norish bersuara. “Betul ke awak nak tolong saya atau awak nak main-mainkan saya?Kalau awak nak tolong, tolong betul-betul. Awak tak kenal lagi siapa saya…saya ada tali pinggang hitam tau,”Danial tersenyum mendengar kata-kata Norish. “Cik adik, ada ke orang tolong main-main? Walaupun saya tau awak ni garang…tapi entah kenapa saya tak takut pun kat awak. Cakapla, apa yang boleh saya tolong?”Danial menawarkan diri. Norish mendengus geram. “Kereta saya ni tak dapat dihidupkan,””Oo…pasal tu. Awak duduk dulu dalam kereta, biar saya pergi tengok enjinnya.”Danial mengatur langkah ke hadapan. Setelah diperhatikan enjin kereta, Danial menemui puncanya. Satu wayar yang tercabut disambungkan semula. “Cik, cuba hidupkan enjin,”tanpa banyak soal, Norish segera menghidupkan enjin kereta. Tak semena-mena enjin kereta dah beroperasi macam biasa. Norish keluar semula dari perut kereta. Dia memandang ke arah Danial yang berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri. “Awak, terima kasih sebab sudi tolong saya”ucap Norish sambil menundukkan kepalanya. Danial tersenyum. “Small matter. Saya ingatkan saya takkan dengar ucapan tu daripada mulut awak,”sindir Danial bersahaja. Norish mencebikkan bibirnya. “Saya taklah berat mulut macam awak. Orang berbudi kita berbahasa.”balas Norish pula. “Hai, masih nak salahkan saya nampaknya! Cik adik, for your information… sejak kecil saya dah diajar pandai buat pandai tanggung, kalau tak buat jangan pandai-pandai nak tanggung,”pedas jugak sindiran Danial hinggakan Norish sedikit melenting. Norish segera masuk ke dalam perut kereta. “Dah nak pergi ke cik adik?”Danial yang sedang berpeluk tubuh merenung ke arah Norish yang berwajah ala Hindustan. Norish menjeling. “Daripada saya bertekak dengan orang yang degil macam awak, elok rasanya kalau saya balik rumah. Bercakap dengan awak ni buat saya rasa lapar je,” sejurus kemudian kereta Norish meluncur laju. Danial menggelengkan kepalanya. “Susahlah bercakap dengan perempuan sorang ni, asyik nak suruh kita mengaku salah je. Mula-mula tadi dah elok ucap terima kasih, lepas tu marah aku pulak. Agaknya aku memang tak boleh jumpa dengan dia kot,” Danial berlalu ke arah motorsikalnya. Kemudian dia mula meninggalkan tempat tersebut.


to be continue....

Nukilan :

make it fun!!